
Moga segalanya dalam pantauan Robbul 'alamin. Semalam, sehari yang agak menceriakan. Bersua Amy. Bercerita dgn karib itu buat aku mengingati sesuatu. Ya, teringat keluarga di rumah. Apa khabar agaknya sekarang ni??
Suara mak dan JIJI di hujung talian cukup buat aku tambah rindu. Erm, nampaknya Tuhan kabulkan kerinduan. TOT untuk keluarga fasilitator PGG kali ini masih lagi di Melaka seperti 2 semester sudah. So, next week..I'll be there, InsyaAllah.
Buletin AF akhirnya berjaya aku siapkan. Dah dapat approve Boss, then kena plak diedar. Satu kemungkinan bahawa 'tekanan' dapat dilepaskan akhirnya, Alhamdulillah. Yelah, katanya tentang tanggungjawab. Selagi ada harapan dan tugasan, perkara itu nampaknya kena dipikul sebaiknya.
Malam semalam keluarga besar kami berkumpul gak utk SIC (3 kotak dah anak mancis akademi fasilitator yg ada)
Inisiatif kuliah muhasabah seperti ini amat dialukan. Khusus utk aku mencari mana dah hilang kaki melangkah. Buku rujukan bertukar tangan dan aku kena siapkan pembentangan pertama. Takpelah, sekurangnya ada bahan utk aku kongsikan 2 minggu akan datang.
Adik-adikku dalam AF dah bertambah. Kasih sayang kami dah bertambah. Dalam AF, pastinya segala yang indah. Ilmu dan pengalaman yang bakal dikongsi oleh AF, moga mematangkan dan membantu di masa depan.
Woa, macam tak caye semalam jumpa Waheeda. Dapat salam dan borak lagi tu. Hehe..cukup sporting, sempatlah bergambo dan makan buah dgn dia. Best ek sesekali jumpe artis. Thanks to Bro Muaz dari Al-Maasar dan Bro Lan One Faith;)
Aiwa..ehh! Aku ada cite menarik (bagi aku lah..hehe) InsyaAllah, nanti kita kongsi ye :) Untuk kesemua yg sudi membaca, moga rahmat Tuhan memayungi sekalian kita. Salam sayang :)
No comments:
Post a Comment